




Sesungguhnya setiap manusia dilahirkan untuk menjadi mengabdikan diri kepada Allah SWT. Apa pun kedudukan mereka di kalangan masyarakat, mereka tidak lepas dari menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Ini termasuklah mereka yang diberi amanah kepimpinan. Justeru itu, realiti jawatan bukan perkara yang harus dibanggakan kerana di dalam Islam, mereka yang diberi amanah memimpin merupakan orang yang paling berat tanggungannya di hadapan Allah kelak. Rasulullah s.a.w berkata, “Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan tentang kepimpinannya.” Setiap individu mempunyai peranannya masing-masing. Setiap peranan dan amanah walaupun kecil tetap akan dihitung di mahkamah Allah kelak. Oleh itu, marilah sama-sama kita melunasi amanah ini dengan penuh keikhlasan dan itqan. Golongan wanita pada kurun-kurun terdahulu sering dipandang rendah dan dipergunakan untuk kepentingan kaum lelaki. Para ibu bapa juga tidak gembira bila menerima anak perempuan. Mereka lebih gembira menerima anak lelaki. Pernah berlaku dalam sejarah Arab jahiliyah, anak perempuan ditanam hiduphidup. Manakala perempuan yang muda belia dijadikan alat hiburan untuk memuaskan nafsu kaum lelaki sahaja. Mereka juga tidak mempunyai hak memiliki harta, tidak dihormati, tidak diberi tanggungjawab memimpin keluarga bersama suami dan sebagainya lagi. Ringkasnya, kaum wanita dahulu dianggap warga kelas kedua; berdiri tidak sama tinggi dengan lelaki, duduk pula lebih rendah dari lelaki. Kita akui dalam beberapa perkara, wanita Malaysia diberikan hak sama rata dengan lelaki seperti hak mendapatkan pendidikan sehingga peringkat tertinggi, pemilikan harta, berkerjaya dalam pelbagai bidang, bersukan, berpolitik dan sebagainya. Namun begitu, kita berdukacita kerana dalam masa yang sama, simptom wanita era jahiliyah masih jelas kelihatan di negara Malaysia tercinta. Golongan wanita masih dijadikan “barang perhiasan” di media-media, menjadi “alat” melariskan barang jualan, menjadi “alat hiburan” melampau dan sebagainya lagi. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilihat tidak bersungguhsungguh melindungi kaum wanita dari dieksploitasi seperti barang dagangan, maka yang menjadi mangsa kebanyakannya adalah wanita itu sendiri. Ditambah pula sistem pendidikan negara yang menggalakkan pergaulan bebas lelaki dan wanita. Sebagai contoh, sekolah dan kolej yang asalnya untuk pelajar perempuan sahaja dimasukkan pelajar lelaki dan sebaliknya. Wanita dicabul, dirogol dan melahirkan anak luar nikah yang jumlahnya begitu membimbangkan negara mutakhir ini. Bukan itu sahaja, budaya memperdagangkan wanita sebagai kosmetik barang jualan juga secara tidak langsung mengiklankan agar masyarakat mendekati zina. Akibat perzinaan yang berleluasa, negara menghadapi musibah ramai generasi baru dibunuh serta dibuang meratarata tanpa belas kasihan dari ibu kandungnya sendiri. Dalam era semua tamadun terdahulu menindas kaum wanita, Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan oleh Allah untuk membawa Islam sebagai “rahmatan lil ‘alamin”. Maksudnya sebagai tanda cinta Tuhan ke seluruh alam. “Rahmatan lil ‘alamin” juga boleh diinterpretasi sebagai kasih sayang dan belas kasihan Allah kepada setiap makhluknya. Justeru, Islam datang membebaskan manusia dari diperhambakan sesama manusia, mengangkat martabat kaum wanita setaraf dengan lelaki dan memelihara alam sekitar. “Dan tidaklah Kami (Allah) mengutus engkau (Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam semesta.” - (Al-Anbiya’: 107) Sehubungan dengan itu, kita mahu membina imej wanita Malaysia sesuai dengan acuan Islam. Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna bukan sahaja menitik beratkan pembangunan intelek dan material, bahkan mengutamakan pembangunan spiritual dan moral yang mana kedua-duanya bersepadu menjadi modal untuk membina masyarakat penyayang. |
Perkara itu ditegaskan oleh Timbalan Ketua Muslimat, Dr Siti Mariah Mahmood bagi menyokong penuh inisiatif lebih 80 badan bukan kerajaan (NGO) yang bergabung dengan Pakatan Rakyat menganjurkan program penting bagi menuntut perjalanan pilihan raya dapat diadakan dengan bersih dan telus. Beliau berkata, Dewan Muslimat akan mengeluarkan panduan kepada seluruh muslimat untuk keluar dan berkumpul di kawasan tertentu. “Himpunan aman itu adalah keluar untuk berjalan-jalan bukan tujuan bergaduh dan kami meletakkan tanggungjawab menjaga keamanan kepada pihak polis sebab peserta himpunan ini mahu berjalan dengan aman,” katanya. Dalam pada itu, Dewan Muslimat menolak cadangan daripada pihak SPR untuk mengadakan sistem biometrik kerana ia tidak menjamin pilihan raya dapat diadakan dengan telus. Katanya, penggunaan sistem biometrik tidak praktikal sekiranya pilihan raya diadakan dalam masa terdekat dan dalam parlimen tidak ada dibincangkan peruntukan untuk biometrik. Menurut beliau, SPR perlu betul-betul bersiap sedia kerana mereka memerlukan peralatan biometrik yang banyak memandangkan tempat mengundi yang banyak. Beliau menegaskan, penggunaan dakwat kekal adalah lebih praktikal berbanding kaedah biometrik yang melibatkan kos tinggi sehingga mencecah RM3 juta. |
Selepas Bob Lokman, Wardina yang mula popular selepas kemunculan dalam rancangan sitkom Spanar Jaya akan menjadi satu lagi wajah popular yang bakal memeriahkan dunia politik Malaysia.
Beberapa tahun lalu, peserta rancangan realiti, Mawi menjadi rebutan Umno dan PAS untuk ditonjolkan sebagai penyokong parti terbabit.
Perkembangan melibatkan Wardina ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana beliau sedia diketahui mempunyai pandangan-pandangan politik yang jelas dan mempunyai hubungan rapat dengan individu-individu dari PKR.
Wardina telah disebut-sebut bakal menyertai parti pembangkang secara terbuka bersama beberapa orang lagi selebriti, termasuk bekas peserta program realiti.
Wardina telah menunjukkan kecenderungan politiknya melalui mesej-mesej di Facebook dan Twitter sekurang-kurangnya sejak beberapa bulan lalu, walaupun mengacarai sebuah rancangan popular di stesen televisyen paling pro-Umno, TV3.
Beberapa bulan lalu, ekoran satu balasan mesej Twitter kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, beliau dispekulasi akan bertanding di kerusi Lembah Pantai menentang menteri wanita itu.
Wardina baru-baru ini muncul dalam program kerajaan negeri Selangor, yang dikaitkan sesetengah pihak sebagai program mempromosi perhimpunan Bersih kedua 9 Julai nanti.
Beberapa blog pro-Umno telah mula menerbitkan tulisan-tulisan berbentuk serangan peribadi terhadap beliau melibatkan gaya hidupnya sebelum bertudung dan pada masa sama menggesa Media Prima mengambil tindakan terhadap pengacara itu.
Bob turut menerima nasib yang sama apabila beberapa kenyataannya dilihat sebagai penghinaan kepada dunia hiburan tempatan dan dikecam di ruangan seni akhbar tempatan, terutama halaman hiburan Mingguan Malaysia.
Sesetengah blog pro-Umno ketika Bob baru menyertai PAS secara terbuka cuba membalas dengan memperbesarkan laporan pelakon dan pengacara AC Mizal bersama Umno. AC walau bagaimanapun berdepan imej agak negatif berhubung beberapa isu termasuk perniagaannya.
Perkembangan ini bakal menyumbang imej lebih positif kepada pembangkang ekoran populariti selebriti terbabit yang rata-rata dilihat mempunyai imej yang baik.
KUALA LUMPUR, 9 Jun: Dewan Muslimat PAS Pusat menyifatkan tindakan menyamakan para isteri dengan 'pelacur kelas pertama', melampau dan menghina Islam.
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusoff (gambar) berkata, Islam meletakkan martabat wanita begitu tinggi sehingga Allah menamakan salah satu surah dalam Al-Quran dengan nama An-Nisa' yang bermaksud wanita.
"Islam meletakkan wanita di tempat tinggi. Syurga di bawah tapak kaki ibu.
"Pada saya menyamakan isteri dengan pelacur sangat melampau," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mungulas pandangan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed, yang mendakwa isteri patut melayan suami seperti pelacur kelas pertama.
Menurutnya, ia bagi memastikan suami tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.
Malah katanya, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu.
Mengulas lanjut Siti Zailah berkata, pelacur yang secara jelas melakukan maksiat dan dosa besar, sesekali tidak boleh dijadikan contoh atau perumpamaan dalam apa juga aspek.
"Walaupun dia (Rohaya) berniat baik, tetapi ambil contoh idola pelacur amat salah. Semacam isteri ini taraf rendah hanya hidangan untuk suami.
"Isteri perlu diberi penghormatan, pelacur tiada penghormatan," katanya lagi.
Tambahnya lagi, Islam mengajar suami dan isteri saling menghormati dan menjaga tanggungjawab masing-masing.
Lebih buruk katanya, pandangan Kelab Isteri Taat itu juga boleh memberi kefahaman salah kepada masyarakat bukan Islam.
"Mereka mungkin faham bahawa Islam meletakkan taraf rendah dan anggap isteri mereka setaraf pelacur," katanya.
Iranian women’s national soccer team poses before withdrawing from their qualifying match against Jordan for the 2012 London Olympic Games in Amman in this June 3, 2011 file photograph. Iran will complain to world soccer’s governing body FIFA after its women’s team were banned from a qualifying game for next year’s Olympics due to their Islamic dress, the ISNA news agency reported on Sunday.
An assistant helps a player of the Iranian women’s national soccer team adjust her veil before their qualifying match against Jordan for the 2012 London Olympic Games in Amman June 3, 2011. The Iranian team were banned from the match on Friday in the second round of qualifiers in protest against guidelines on their veil. The FIFA woman’s association requires that any covering used does not cover the neck and ears. In Iran all women are required to cover their hair in public to conform to the Islamic dress code.
Iranian women’s national soccer team walks to the pitch before withdrawing from their qualifying match against Jordan for the 2012 London Olympic Games in Amman in this June 3, 2011 file photograph. The Iranian team were banned from the match on Friday in the second round of qualifiers in protest against guidelines on their veil. The FIFA woman’s association requires that any covering used does not cover the neck and ears. In Iran all women are required to cover their hair in public to conform to the Islamic dress code. Iran will complain to world football’s governing body FIFA after its women’s team were banned from a qualifying game for next year’s Olympics due to their Islamic dress, the ISNA news agency reported Sunday.
Iranian women’s national soccer team reacts after withdrawing from their qualifying match against Jordan for the 2012 London Olympic Games in Amman in this June 3, 2011 file photograph. Iran will complain to world soccer’s governing body FIFA after its women’s team were banned from a qualifying game for next year’s Olympics due to their Islamic dress, the ISNA news agency reported on Sunday.
The Iranian women’s national soccer team react after withdrawing from their qualifying match against Jordan for the 2012 London Olympic Games in Amman June 3, 2011. The Iranian team were banned from the match on Friday in the second round of qualifiers in protest against guidelines on their veil. The FIFA woman’s association requires that any covering used does not cover the neck and ears. In Iran all women are required to cover their hair in public to conform to the Islamic dress code.
AMMAN-Media massa Barat menonjolkan bagaimana air mata dan sujud para pemain bola sepak wanita Iran yang tidak bersedia mengorbankan kemuliaan mereka sebagai Muslimah ketika mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 yang bakal diadakan di London. Pihak pengurusan Bahrain Berjaya membantah dan menggagalkan pertandingan team bolasepak wanita Iran ketika perlawanan dengan team Jordan pada Jumat 3 Jun di Amman baru-baru ini dengan alas an team dari Iran mengenakan pakaian Islam dan berjilbab.
Setelah keputusan berat sebelah itu, para pemain Team Iran bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan Iran, kemudian berlari menelilingi padang sambil mengibarkan bendera Iran. Setelah itu mereka bersujud di atas bendera Iran dan meninggalkan padang dengan mata berkaca-kaca.
Keputusan pihak pengurusan Bahrain itu sangat mengecewakan apabila kedua team sudah siap masuk di padang untuk memulakan pertandingan. Namun sikap team Iran membuat para pemain Team Jordan dan juga para penonton terharu. Mereka memberi sokongan dengan bertepuk tangan mengiringi para pemain Iran ketika keluar padang.
Peristiwa tersebut mendapat sorotan meluas dari media massa Barat termasuk BBC, New York Times, Xinhua, dan bahkan Times of India. Dalam berbagai laporan disebutkan, “Team bola sepak wanita Iran dilarang mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 London kerana memakai pakaian Islam.”“Berdasarkan ketetapan FIFA, dilarang menutupi leher dan telinga ketika bertanding, namun Persatuan Bola sepak Kebangsaan Iran menyatakan bahwa pihaknya telah mendapat persetujuan dari FIFA dua tahun lalu bahwa Team Wanita Iran itu dapat bermain dengan tetap mengenakan jilbab.” Team bolasepak wanita Iran berada dalam ranking terbaru FIFA naik dua tangga dikedudukan 51 dunia.
Setelah pembatalan tersebut, team tersebut segera meninggalkan Amman menuju Teheran. Team Iran itu menduduki tangga pertama dan telah bersedia untuk memasuki babak kedua. Ketua Persatuan Kebangsaan Bolasepak Iran, Ali Kaffashian, menyatakan sangat sedih dengan peristiwa tersebut dan menyatakan, pihaknya akan merujuk hal tersebut kepada FIFA. Kaffashian menegaskan bahwa Iran sebelumnya telah mendapat persetujuan dari ketua FIFA agar para pemainwanita Iran dapat tampil dengan mengenakanpenutup kepala khas untuk menjaga nilai-nilai Islam…
…………………………………………………………………………………………………………………..
Di bawah ini contoh pasukan bolasepak wanita Islam yang dihalalkan FIFA…
Ini pasukan Bolasepak Wanita Jordan…
Jordan’s Ala’a Abu Kasheh (R) fights for the ball with Vietnam’s Le Thu Thanh Huong during their women’s qualifying soccer match for the 2012 London Olympic Games in Amman June 7, 2011.
KUALA LUMPUR, 5 Jun: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) kesal dengan laporan Utusan Malaysia yang mengandaikan mereka tidak mengiktiraf kepimpinan Dewan Ulama.
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof sebaliknya berkata, DMPP menyanjung tinggi kepimpinan ulama yang merupakan pemantau segala dasar dan perancangan dalaman parti.
Beliau berkata, Utusan Malaysia hanya berniat melaga-lagakan keakraban ketiga-tiga dewan dalam PAS.
"DMPP menyanjung tinggi kepimpinan ulama dan kesal dengan laporan media yang kata muslimat tidak mengiktiraf Dewan Ulama.
"Ini satu propaganda yang dibuat media untuk melaga-lagakan dalaman parti dan menampakkan tiada kesepakatan di antara dewan-dewan," kata beliau sewaktu menyampaikan ucapan pengangguhan di Muktamar PAS kali ke- 57 di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZM) hari ini.
Utusan Malaysia semalam melaporkan DMPP mendakwa kepimpinan ulama yang tidak agresif menjadi punca utama golongan tersebut diganti dengan barisan kepimpinan baru yang dilihat pro Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berharap persepsi tersebut diperbetul segera.
Sementara itu, beliau mengemukakan gagasan untuk memartabatkan kemuliaan golongan wanita di negara ini.
"DMPP kemukakan gagasan sebagai tawaran kepada wanita di negara kita iaitu gagasan untuk memartabatkan kemuliaan wanita di Malaysia.
"Kita ingin lahirkan muslimat yang bukan sahaja berperanan dalam rumahtangga, dalam kerjaya tapi nak melahirkan wanita yang menjadi pemimpin yang bertakwa seharusnya berbeza dengan wanita Umno yang hanya nak memperkasa dari sudut wanita tanpa tekankan ketinggian moral," katanya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.
Selain itu beliau turut menyeru semua ahli menjalinkan hubungan baik dengan Pakatan Rakyat di semua peringkat.
"Saya menyeru semua ahli parti untuk mengadakan hubungan baik dengan Pakatan Rakyat di semua peringkat dan supaya perancangan dan strategi bersesuaian dengan lokaliti dan muafakat dalam perkara yang melibatkan kepentingan parti," katanya.
SHAH ALAM, 2 Jun - Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013: Timbalan Pengerusi Tetap: Fatimah Ismail Naib Ketua: Mumtaz Mohd Nawi, YB 334 undi |
SHAH ALAM, 2 Jun: Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat ke 51 sedang berjalan sekarang ini dengan Ketuanya, Ustazah Nuridah Salleh menyampaikan ucapan dasarnya dengan tema Muslimat: Memimpin Perubahan Meneraju Kebangkitan.
Upacara perasmian akan disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Turut kelihatan adalah pimpinan PAS Pusat termasuk pimpinan dari wanita rakan-rakan parti dalam Pakatan Rakyat, wakil-wakil rakyat Pakatan dan suami-suami AJK dewan muslimat.
Dalam ucapannya, Nuridah mempertegaskan peranan Muslimat, huraikan fenomena mutakhir mengenai kebangkitan rakyat Timur Tengah, bencana alam dan tsunami di Jepun, lebih lima dekad dominasi Umno BN, kehancuran jiwa umat.
Beliau juga menekankan tentang kini adalah masa untuk bekerja tanpa henti, mara bersama ke medan jihad, tabiyah dari Allah adalah syarat-syarat kejayaan antaranya seperti keintiman dengan Allah, jentera yang tersusun rapi dan bergerak mengikut peraturan dan sikap realistik.
Semua perwakilan berpakaian seragam berwarna hijau muda pucuk pisang menceriakan suasana Dewan Jubli Perak berhampiran Bangunan SUK, dekat sini
Malam tadi, Dewan Pemuda PAS Pusat melalui Ketuanya, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi menyampaikan ucapan dasar dengan tema Memimpin Kebangkitan Anak Muda, acara perasmian dilakukan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.
Ketika ini, Dewan Ulamak PAS Pusat juga sedang berjalan di Taman Melewar manakala Muktamar PAS ke 57 akan berlangsung bermula esok 3 hingga 5 Jun di tempat sama.
29 Jamadil Akhir 1432H bersamaan 2 Jun 2011 (Khamis)
7.30 pagi hingga 9.00 malam
Dewan Bankuet, Dewan Jubli Perak, Bukit SUK, Shah Alam, Selangor
MASA | AGENDA |
7.30 pagi | Pendaftaran Pemerhati & Media Minum Pagi |
8.00 pagi | Perwakilan, Pemerhati dan Media mengambil tempat |
8.30 pagi | Ketibaan Tetamu & Dif Jemputan |
8.45 pagi | Ketibaan Perasmi Muktamar |
9.00 pagi | Aluan Pengerusi Majlis |
9.05 pagi | Bacaan ayat suci Al-Qur’an |
9.15 pagi | Lagu Negaraku dan Lagu Rasmi PAS |
9.20 pagi | Ucapan Aluan Penyelaras Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat Kali Ke-50 |
9.25 pagi | Ucapan Tema Muktamar Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat |
10.25 pagi | Ucapan Perasmian Muktamar |
11.25 pagi | Montaj Khas |
11.35 pagi | Pelancaran Dana PRU13 |
11.45 pagi | Penyampaian cenderahati |
11.50 pagi | Perarakan keluar Perasmi, Tetamu & Dif Jemputan |
12.00 thari | Sidang Muktamar bermula Taklimat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat Pengundian bermula |
1.00 thari | Rehat / Solat Zohor / Jamuan Tengahari |
2.00 petang | Sidang Muktamar bersambung semula |
2.15 petang | Slot Khas |
8.30 malam | Keputusan Pemilihan Jawatankuasa DMPP |
9.00 malam | Sidang Muktamar bersurai |