Khamis, 2 Jun 2011

Muslimat memimpin perubahan meneraju kebangkitan


SHAH ALAM, 2 Jun: Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat ke 51 sedang berjalan sekarang ini dengan Ketuanya, Ustazah Nuridah Salleh menyampaikan ucapan dasarnya dengan tema Muslimat: Memimpin Perubahan Meneraju Kebangkitan.

Upacara perasmian akan disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Turut kelihatan adalah pimpinan PAS Pusat termasuk pimpinan dari wanita rakan-rakan parti dalam Pakatan Rakyat, wakil-wakil rakyat Pakatan dan suami-suami AJK dewan muslimat.

Dalam ucapannya, Nuridah mempertegaskan peranan Muslimat, huraikan fenomena mutakhir mengenai kebangkitan rakyat Timur Tengah, bencana alam dan tsunami di Jepun, lebih lima dekad dominasi Umno BN, kehancuran jiwa umat.

Beliau juga menekankan tentang kini adalah masa untuk bekerja tanpa henti, mara bersama ke medan jihad, tabiyah dari Allah adalah syarat-syarat kejayaan antaranya seperti keintiman dengan Allah, jentera yang tersusun rapi dan bergerak mengikut peraturan dan sikap realistik.

Semua perwakilan berpakaian seragam berwarna hijau muda pucuk pisang menceriakan suasana Dewan Jubli Perak berhampiran Bangunan SUK, dekat sini

Malam tadi, Dewan Pemuda PAS Pusat melalui Ketuanya, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi menyampaikan ucapan dasar dengan tema Memimpin Kebangkitan Anak Muda, acara perasmian dilakukan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Ketika ini, Dewan Ulamak PAS Pusat juga sedang berjalan di Taman Melewar manakala Muktamar PAS ke 57 akan berlangsung bermula esok 3 hingga 5 Jun di tempat sama.

Tiada ulasan: